Thursday, June 17, 2010

Pengenalan Program Mystar Online Education Program

Pengenalan

Produk Rahsia untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ialah menggunakan kaedah pembelajaran “output” dimana pelajar boleh menganalisa apa yang dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah . Pada alaf ini , pembelajaran hanya dilakukan dengan membaca , belajar , menghafal dan mendengar . Inilah sebabnya ramai pelajar tidak mepunyai daya pemikiran yang tajam dan hanya mendapat keputusan yang sederhana .

Untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar, mereka harus dibekalkan dengan pembelajaran output . Ketahuilah pendekatan yang kami gunakan untuk melatih pelajar yang terdiri dari anak-anak anda tentang teknik pembelajaran output kami .

Apakah MyStar-A?

Sebuah produk E-Pendidikan dimiliki oleh Puncakmas Marketing Sdn. Bhd yang mana dimiliki 100% bumiputera. Ditubuhkan di Utara semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman. Penyelidikan dan pembangunan Portal Mystar-A telah dibangunkan pada awal tahun 2008, sempena menyahut seruan kerajaan dalam menggabungkan pendidikan dan ICT. Mystar -A adalah pendidikan berteraskan ICT yang menggabungkan ''website + education = webucation''.

Tujuan utama penubuhan Mystar -A adalah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemajuan dalam pendidikan dan teknologi. Serta yang kurang berkemampuan. Portal Mystar-A membantu pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apakah MyStar-B?

Portal MyStar-B merupakan Produk ke-2 berbentuk E-Pendidikan keluaran Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. Produk ini difokuskan untuk kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Penyelidikan dan pembangunan portal ini telah dilakukan pada penghujung tahun 2008. Kanak-kanak boleh belajar dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Thai.

Tujuan utama penubuhan portal MyStar-B adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Selain itu portal MyStar-B juga dapat memberi kemudahan untuk kanak-kanak belajar dari peringkat permulaan dan pembelajaran diajar dengan mudah dari peringkat ke peringkat.

1 comment:

  1. I came to this blog and it helped me to add few new points to my knowledge. Actually, I am trying to learn new thing wherever I find. Impressive written blog and valuable information shared here.
    ติว ielts ที่ไหนดี

    ReplyDelete